Nuffnang

Friday, February 16, 2018

Tediaaa!!! Akhirnya Jakim Dedah Identiti Sajat


Nur Sajat.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akhirnya tampil membuat pendedahan mengenai isu identiti usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.
Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, ia dibuat susulan kenyataan Sajat mengenai identiti sebenarnya.
Mohd Izwan yang juga pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) Jakim mengakui dimaklumkan bahawa identiti usahawan itu sebagai khunsa, iaitu seseorang yang mempunyai dua alat kelamin.
“Ye betul, ibu bapa Sajat telah bersumpah bahawa Sajat adalah khunsa,” kata Mohd Izwan kepada mStar Online pada Khamis.
Portal berita ini melaporkan Sajat mendedahkan beliau telah memaklumkan mengenai identiti sebenar dirinya kepada Jakim, dalam pertemuan pertama beliau dan kedua ibu bapanya dengan Mohd Izwan di Wisma Nur Sajat di Shah Alam, 16 Januari lalu.
Pertemuan antara pihak Jakim dan Sajat bersama ibu bapa usahawan itu.
Bagaimanapun Mohd Izwan berkata, pengakuan atau sumpah tetap memerlukan pengesahan pihak berautoriti dari sudut perubatan. 
Sehubungan itu katanya, Jakim telah menawarkan bantuan agar Sajat mengikuti beberapa prosedur pengesahan jantinanya oleh pakar perubatan yang bertauliah dan diperakui kerajaan.
“Sebenarnya, Jakim telah pun mengatur temujanji di antara pakar perubatan dengan pihak Sajat.
“Namun di saat akhir Sajat tidak hadir atau membatalkan temujanji pemeriksaan pakar perubatan kerana didesak oleh pihak ketiga di pihak Sajat sendiri,” jelasnya.
Pada Rabu, mStar Online melaporkan Mohd Izwan mendakwa telah ‘dihalang’ oleh orang ketiga di pihak Sajat untuk meneruskan prosedur bagi mengesahkan identiti sebenar usahawan kosmetik itu.
Pihak Jakim dimaklumkan bahawa Sajat adalah khunsa.
Bagaimanapun, Mohd Izwan berkata, pihaknya tetap komited meneruskan proses untuk mendapatkan pengesahan identiti sebenar usahawan itu bagi menjawab persoalan masyarakat.
Ditanya mengenai dakwaan membabitkan pihak ketiga itu, Sajat hanya menjawab ringkas: “No komen.”
Namun Sajat mengakui terdapat persetujuan antara beliau dan Jakim dalam menjalinkan kerjasama.
Usahawan itu menjelaskan bahawa kerjasama yang dimaksudkan adalah lebih kepada pembabitannya dalam mana-mana program pembangunan perniagaan dan motivasi yang dikelolakan oleh jabatan itu.
Bulan lalu, Jakim menemui jalan penyelesaian dalam mendapatkan pengesahan mengenai identiti sebenar Sajat selepas mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik itu di Wisma Nur Sajat di Shah Alam.
Mohd Izwan kemudian dalam kenyataannya pada 19 Januari lalu berkata, Jakim bersetuju beberapa proses perlu dilalui oleh Sajat untuk pengesahan identitinya secara rasmi, dan dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung