Nuffnang

Tuesday, February 13, 2018

Dahsyatt !!! Wanita maut, suami cedera dipercayai angkara hubungan sulit


bunuh tikam
Gambar Hiasan

BELAGA - Seorang wanita berusia 25 tahun ditemukan mati manakala suaminya cedera dengan kesan kelaran di leher masing-masing di sebuah rumah panjang di Sungai Asap di sini, malam semalam (Ahad).
Jiran mereka yang menemukan suami isteri itu dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di bahagian dapur pada kira-kira 9.10 malam terus membuat laporan di pondok polis Sungai Asap.
Suami wanita itu yang berusia 36 tahun dipercayai mengelar leher isterinya dengan senjata tajam sebelum bertindak mengelar lehernya sendiri kerana mengesyaki mangsa mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain.
Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Belaga, Asisten Superintendan Mohd Sani Junid yang mengesahkan kejadian, berkata  polis yang tiba di tempat kejadian mendapati wanita itu, Melen Ading sudah tidak bernyawa manakala suaminya tidak sedarkan diri.
Mereka kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Asap yang terletak tiga kilometer dari rumah panjang itu sebelum dibawa ke Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.-Bernama

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung