Nuffnang

Friday, December 8, 2017

Perghh..Tiga Kuda Sesat 'Berlumba' Di Bandar Chiang Mai


  (Ubah saiz teks)
DALAM sebuah video tular, tiga ekor kuda dilihat berlari gagah di jalan raya di Chiang Mai, Thailand, ketika orang ramai keluar untuk ke pejabat, pagi Isnin.
Setakat ini, tiada siapa tahu dari mana datangnya kuda-kuda tersebut dan bagaimana haiwan ini boleh terlepas dan berada dalam bandar.
Video yang dirakamkan seorang pengguna Facebook, Overlap Garage itu menunjukkan ketiga-tiga kuda, dengan dua daripadanya masih bertali sedang berlari di Jalan Chiang Mai-Doi Saket.


Inspektor Polis Phuthorn Sansai, Pol. Maj. Rattanadech Pirunsan berkata pihaknya menerima beberapa panggilan daripada penduduk yang melaporkan tentang kuda yang berlari di tengah-tengah jalan pada Isnin dan beberapa pegawai telah diarahkan untuk menjejaki haiwan tersebut.
Dalam video itu, kuda-kuda itu dilihat membelok ke arah kiri di satu simpang, menuju ke arah Universiti Payap, tetapi anehnya, polis tidak dapat menemuinya di mana-mana jalan di Chiang Mai.
Pol. Maj Rattanadech berkata dia difahamkan pemilik kuda itu juga sedang mencari kuda-kudanya tetapi tidak meminta bantuan polis.
Walau bagaimanapun, setakat ini tiada kecederaan atau kemalangan dilaporkan dalam kejadian ini. -coconutsBangkok

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung