Nuffnang

Wednesday, August 9, 2017

Perghhh.. Inspektor Terlampau , ditahan buat hal dalam tandas wanita Hanya Berseluar Dalam

Inspektor ditahan buat hal dalam tandas wanita


gari
- Gambar Hiasan
ALOR SETAR – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditahan kerana didapati berkelakuan tidak sopan di dalam tandas wanita di sebuah pusat beli-belah di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, sebelum itu pihak polis menerima maklumat terdapat individu yang membuat kacau di pusat beli-belah pada 12.30 tengah hari.
“Sebuah MPV dan beberapa URB (Unit Rondaan Bermotosikal) telah digerakkan untuk memeriksa keadaan tersebut. Hasil pemeriksaan, polis telah menahan seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam boxer di dalam tandas perempuan di tingkat empat,” katanya dalam satu kenyataan.
Asri berkata, hasil pemeriksaan lanjut, pihak polis turut menjumpai satu paket yang mengandungi ketulan kristal disyaki syabu seberat 0.62 gram pada lelaki berkenaan.
Ujian urin mendapati suspek positif methamphetamine.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung