Nuffnang

Thursday, February 23, 2017

Peghhh !! Janda meraung panggil ibu


Janda meraung panggil ibu
Suspek yang positif dadah dibawa ke pejabat AADK Bachok untuk tindakan selanjutnya
BACHOK – “Mek..Kak Sah...tolonglah aku...aku nak duduk dengan anak aku,” jerit seorang penagih dadah berstatus janda di dalam kenderaan ketika ditahan anggota Penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bachok, dekat sini.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan AADK Bachok, Muhamad Rustam Mohd Aluwi berkata, wanita berusia 23 tahun yang berbadan kecil itu turut bergelut dengan anggota penguatkuasa bagi melepaskan diri ketika ditahan di kediamannya.
Beliau berkata, suspek mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun dan mengakui terlibat dengan gejala dadah ini lebih setahun lalu.
“Ujian saringan urin ke atas wanita itu didapati positif dadah jenis pil kuda. Semasa penahanan, berlaku sedikit pergelutan kerana wanita itu enggan memberi kerjasama kepada pegawai kami.
“Wanita tersebut ditempatkan di Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) Bachok untuk menjalani rawatan dan pemulihan penagih dadah selama dua tahun. Dia dikatakan terlibat dengan dadah kerana suka-suka dan ajakan rakannya,” katanya.
Muhamad Rustam berkata, wanita itu adalah antara penagih yang ditahan AADK Bachok dalam operasi memerangi pil kuda di sekitar Kampung Kemayang, Telaga Ara,  Pengkalan Haji Ali dan Kampung Rekang.
Beliau berkata, dalam operasi itu, seramai 30 orang disyaki penagih dadah telah ditahan untuk ujian saringan air kencing.
“16 daripadanya didapati positif dadah jenis methamphetamine atau pil kuda dan morfin. Semua suspek berusia dalam lingkungan umur 17 hingga 39 tahun.
“Selain itu dua remaja berusia 17 tahun turut ditahan selepas cuba merempuh pegawai yang sedang bertugas ketika operasi tersebut. Mereka juga didapati positif dadah jenis pil kuda. Semuanya ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983,” katanya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung