Nuffnang

Tuesday, February 28, 2017

Perghhh Sempoii Phu Tab Buek, Indahnya Ciptaan Allah


Terletak di Phetchabun, Thailand, Penulis Bermotosikal di sana,


Video yang di rakam d Phu Tab Buek, Tak lihat rugi


Dahsyatt :: Polis Siasat Pembantu Rumah Mati Di Percayai Didera Pembantu rumah


GEORGETOWN: Seorang pembantu rumah meninggal dunia selepas dipercayai didera majikannya di Jelutong di sini, Sabtu lalu. Warga Indonesia dikenali sebagai Jubaedah, 38, meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi selepas dikatakan tergelincir ketika menaiki tangga di rumah majikannya.

Mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan bedah siasat yang dilakukan semalam mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk di kedua-dua tulang rusuk dan paha, dipercayai didera. Menurut sumber, polis turut menahan sepasang suami isteri berusia 40-an yang juga majikan mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian malam tadi dan temu bual dengan jiran mendakwa mangsa sering dimarahi majikannya. "Mangsa dikatakan sudah lebih setahun bekerja dengan pasangan itu dan siasatan sedang dijalankan," katanya.-BH

Monday, February 27, 2017

Perghhh !!! Saya tak tahu dia nak ajak tidur

Saya tak tahu dia nak ajak tidur
asd
KUALA TERENGGANU - “Saya tidak tahu dia nak ajak tidur sini, sebab dia janji nak hantar balik rumah,” demikian alasan diberikan seorang pelajar tingkatan tiga selepas ditangkap berkhalwat bersama teman lelakinya yang berusia 17 tahun di sebuah bilik hotel murah, di bandar Besut, Khamis lalu.
Calon ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) itu ditahan selepas bilik hotel yang disewa bersama teman lelakinya yang juga merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), kira-kira jam 11.30 malam.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam memberitahu menjadi satu kelaziman pasangan remaja menyewa bilik-bilik hotel murah di sekitar bandar Besut terutama pada malam minggu.
Katanya, siasatan mendapati pelajar perempuan itu sebelum ini dijemput oleh teman lelakinya dari asrama sebelum sama-sama merancang untuk menyewa bilik di hotel terbabit sehingga Sabtu.
“Gadis itu memberitahu kekasihnya yang juga bersekolah di sekolah berhampiran sentiasa menjemputnya balik dari asrama setiap kali ibunya tidak dapat berbuat demikian kerana terpaksa ke Kuala Lumpur.
“Malah, petang tadi (hari kejadian), dia mendakwa teman lelakinya terpaksa mengambilnya di asrama kerana ibunya tiada dan pergi ke Kuala Lumpur kerana ada urusan kerja,” katanya kepada Sinar Harian.
Jelasnya lagi, remaja itu mengakui menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya sejak November tahun lalu selepas berkenalan di gerai kuih ibunya, bagaimanapun mendakwa langsung tidak menyangka teman lelakinya itu berani mengajak tidur di bilik hotel terbabit.
“Malah dia mendakwa lelaki itu memang tidak pernah sesekali memaklumkan kepadanya berkaitan perancangan bermalam di situ kerana sebelum ini, teman lelakinya berjanji akan menghantarnya pulang ke rumah.
“Dalam masa sama, gadis itu mengakui memang sebelum ini teman lelakinya pernah menemaninya bermalam di rumah ketika ibunya tiada di rumah,” katanya.
Wan Mohd berkata, kedua-dua remaja itu di bawa ke Pejabat Agama daerah Besut untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan bon jaminan hadir ke mahkamah.
Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001 kerana berkhalwat

Sunday, February 26, 2017

Dahsyat !! Siti Aishah dibayar RM400 untuk 'program realiti'


Ibu Siti Aisyah akui tidak boleh tidur
Ibu Siti Aishah, Benah
SHAH ALAM - Warga Indonesia, Siti Aishah yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, iaitu abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un mendakwa menerima bayaran sebanyak RM400 untuk terlibat dalam satu rancangan TV berbentuk realiti.
Timbalan Duta Indonesia ke Malaysia, Andreano Erwin berkata, dia dimaklumkan oleh Siti Aishah bahawa dia menjadi mangsa ‘prank’ oleh individu yang tidak dikenali.
“Bagaimanapun Siti Aishah memaklumkan kepada pihaknya dia tidak menyedari bahawa itu adalah plot pembunuhan terancang.
“Siti Aishah mendakwa akan menerima bayaran sebanyak RM400 untuk kerja itu.
“Tapi, dia (Aishah) tidak menyebutkan secara spesifik. Dia hanya memberitahu telah dikenalkan kepada individu yang wajahnya mirip Jepun, Korea. Tapi dia tidak menyebutkan lebih spesifik dari mana,” katanya.
Dalam pada itu, Siti Aishah mendakwa diberikan cecair seperti minyak untuk melaksanakan tugas itu.
“Siti Aishah juga memberitahu kami dia tidak mengenali seorang lagi suspek warga Vietnam yang turut terlibat kejadian berkenaan,” katanya.
Dalam masa sama, Andreano berkata, ketika pertemuan itu, Siti Aishah meminta supaya keluarganya di Indonesia tidak bimbang mengenai tentang keadaan dan kesihatannya.
Siti Aishah yang ditemui dalam keadaan sihat enggan dikunjungi keluarganya kerana tidak mahu mereka sedih melihat keadaannya.
“Dia (Aishah) hanya berpesan kepada ibu bapanya itu supaya menjaga kesihatan,” katanya.
Wakil Indonesia itu yang diizinkan melawat gadis tersebut selama 30 minit bagaimanapun enggan mengulas berhubung bukti-bukti lengkap terhadap gadis itu.
Tambahnya, itu tidak boleh saya komen di sini kerana ini masih dalam proses siasatan lagi.
Sebelum ini dalam satu kenyataan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata wanita bernama Siti Aishah dan dilahirkan di Serang, Indonesia, pada 11 Februari 1992 ditahan awal pagi 16 Februari lalu memegang pasport Indonesia.
Ia adalah wanita kedua ditangkap bersabit kematian Jong-nam susulan penahanan wanita dikenali sebagai Doan Thi Huong, 29, yang memegang pasport Vietnam di KLIA2.

Saturday, February 25, 2017

Terima mesej tanpa henti, nafi terdesak kahwin



Terima mesej tanpa henti, nafi terdesak kahwin
Status ibu tunggal yang menjadi tular di media sosial.
KUALA KRAI - Seorang ibu tunggal tidak menyangka status yang dimuat naik di laman sosial petang Selasa lalu, menjadi tular sehingga mengganggunya.
Mira, 32, (bukan nama sebenar) berkata, status berkenaan dimuat naik semata-mata untuk menghilangkan rasa geram dan kecewa dengan sikap individu tertentu sahaja.
Menurutnya, statusnya itu adalah hal peribadi dan tidak perlu dijelaskan secara terperinci kepada pengetahuan umum.
"Saya muat naik status ini pada jam 5 petang dan selepas itu saya mula terima mesej secara berterusan.
"Tapi pada jam 6 petang saya padam status ini kerana bosan menerima mesej tanpa henti. Malah disebabkan itu juga, telefon saya 'hang'," katanya.
Ibu kepada dua anak berusia 5 dan 12 tahun ini juga berkata, kebanyakan mesej dihantar kepadanya daripada lelaki yang mengajaknya berkahwin.
Menurutnya, dia bukan terdesak untuk berkahwin tetapi mahu menunjukkan status tersebut kepada individu berkenaan.
“Saya cuma berharap dia baca dan faham, itu sahaja. Tak sangka lain pula jadinya. Saya juga tak sangka ramai orang kongsi status saya,” katanya.
Dia percaya, status tersebut dikongsi di pelbagai kumpulan media sosial sehingga menyebabkannya tular hingga kini.
Susulan status itu juga katanya, ramai kawan-kawannya yang hubunginya kerana terkejut membaca status tersebut.
“Kebanyakan kawan-kawan faham situasi saya sekarang. Walaupun kecewa dengan apa terjadi, tapi saya bersyukur mereka berikan kata-kata semangat.
“Saya harap selepas ini orang ramai tak lagi hantar mesej ajak saya berkahwin,” katanya.
Tambahnya, bagi individu yang tidak mengetahui perkara sebenar mungkin menganggap dia terdesak untuk berkahwin berdasarkan status berkenaan.
Katanya, status itu tidak menggambarkan kehendaknya sekarang dan hanya yang benar-benar mengetahui situasi sebenar memahami dirinya.

Friday, February 24, 2017

Perghh Dahsyatt : Lindsay Lohan disuruh buka tudung


Lindsay Lohan disuruh buka tudung
Pelakon, Lindsay Lohan disuruh membuka tudungnya di lapangan terbang, baru-baru ini.
ISU perubahan pelakon Hollywood, Lindsay Lohan yang kini kelihatan mendalami Islam kini timbul kembali apabila aktres tersebut menceritakan pengalamannya ditahan di lapangan terbang, lapor ENews!.
Lohan, 30, mendakwa pegawai di lapangan terbang tersebut menahannya hanya kerana satu sebab sahaja iaitu memakai tudung.
“Baru-baru ini saya ke kota New York dan memakai tudung, namun begitu saya telah ditahan di lapangan terbang dan ‘diprofil secara perkauman’, ini merupakan pengalaman pertama saya berhadapan situasi ini.
“Apabila pegawai tersebut membuka pasport dan melihat nama saya, dia kemudiannya meminta maaf tetapi meminta agar menanggalkan tudung saya,” katanya dalam rancangan Good Morning Britain.
Lohan yang juga seorang penyanyi mengatakan pengalaman tersebut menakutkannya dan terfikir bagaimana dengan wanita muslim yang turut dipaksa menanggalkan tudung mereka.
“Pengalaman ini menarik namun menakutkan dan pelik. Saya berasal dari New York namun ia membuatkan saya berasa gentar,” katanya lagi.
Bintang tersebut dipercayai pulang dari Turki di mana beliau sempat bertemu dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Lohan mendakwa tindakannya memakai tudung semasa berada di negara tersebut untuk menghormati masyarakat di sana.
Perubahan bintang tersebut menjadi perbualan orang ramai setelah memegang al-Quran serta meletakkan ayat ‘Alaikum salam’ di laman sosial Instagramnya

Ride Sempoii : Gambar Sempoi Ride To Route 12 , Pitchabun Thailand


Di bawah ini Video klip yang tak seberapa.Sila lihat Video ni ..ada yang sempoi anda belum pernah lihat..tak caya tok sah lihat nuh

                        












RIDE SUPERCUP ROUTE 12 KHAO KHO Tarkih: 11 ~ 19 Feb 2017 Destinasi: Penang, 
Malaysia - Khao Kho, Thailand Rides: Mohd Sufi Bin Mohd Nayan Mohamad Rozaimi B
 Mohd Rasli Misi mini touring kami berdua bermula dari Butterworth menuju ke Hatyai, 
Thailand dimana saya Mohd Sufi Bin Mohd Nayan serta rakan karib saya Mohamad 
Rozaimi Bin MOhd Rasli dirancang sebulan yang lalu dengan teliti untuk memanfaatkan 
cuti awal tahun dengan sepenuhnya. Berazamkan semangat bikers kental kami mengambil
 keputusan untuk berkelana ke destinasi yang menjadi kegilaan ramai overlander motosikal 
touring yang berkuasa besar iaitu ke jalan raya yang paling cantik sekali di utara Thailand 
selain dari 1000 Korner Mae Hon Song iaitu Route 12 yang terletak di daerah Khao Kho 
yang terkenal dengan puncak bukit serta jalan raya yang sangat memukau pemandangan
 bagi yang melaluinya.

Thursday, February 23, 2017

Peghhh !! Janda meraung panggil ibu


Janda meraung panggil ibu
Suspek yang positif dadah dibawa ke pejabat AADK Bachok untuk tindakan selanjutnya
BACHOK – “Mek..Kak Sah...tolonglah aku...aku nak duduk dengan anak aku,” jerit seorang penagih dadah berstatus janda di dalam kenderaan ketika ditahan anggota Penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bachok, dekat sini.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan AADK Bachok, Muhamad Rustam Mohd Aluwi berkata, wanita berusia 23 tahun yang berbadan kecil itu turut bergelut dengan anggota penguatkuasa bagi melepaskan diri ketika ditahan di kediamannya.
Beliau berkata, suspek mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun dan mengakui terlibat dengan gejala dadah ini lebih setahun lalu.
“Ujian saringan urin ke atas wanita itu didapati positif dadah jenis pil kuda. Semasa penahanan, berlaku sedikit pergelutan kerana wanita itu enggan memberi kerjasama kepada pegawai kami.
“Wanita tersebut ditempatkan di Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) Bachok untuk menjalani rawatan dan pemulihan penagih dadah selama dua tahun. Dia dikatakan terlibat dengan dadah kerana suka-suka dan ajakan rakannya,” katanya.
Muhamad Rustam berkata, wanita itu adalah antara penagih yang ditahan AADK Bachok dalam operasi memerangi pil kuda di sekitar Kampung Kemayang, Telaga Ara,  Pengkalan Haji Ali dan Kampung Rekang.
Beliau berkata, dalam operasi itu, seramai 30 orang disyaki penagih dadah telah ditahan untuk ujian saringan air kencing.
“16 daripadanya didapati positif dadah jenis methamphetamine atau pil kuda dan morfin. Semua suspek berusia dalam lingkungan umur 17 hingga 39 tahun.
“Selain itu dua remaja berusia 17 tahun turut ditahan selepas cuba merempuh pegawai yang sedang bertugas ketika operasi tersebut. Mereka juga didapati positif dadah jenis pil kuda. Semuanya ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983,” katanya.

Wednesday, February 22, 2017

Perghh : Rasuah: Neymar Berdepan Hukuman Dua Tahun Penjara



Rasuah: Neymar Berdepan Hukuman Dua Tahun Penjara



BINTANG bola sepak sensasi Brazil dan Barcelona, Neymar dilaporkan gagal dalam rayuan akhir berhubung tuduhan rasuah dan akan diheret ke mahkamah untuk dibicarakan.
Dakwaan tersebut melibatkan perpindahan Neymar dari Santos ke Barcelona empat tahun lalu dan dia berdepan hukuman dua tahun penjara jika didapati bersalah.
Kedua-dua kelab tersebut gagal dalam rayuan untuk mengenepikan tuduhan tersebut dan kes berkenaan akan dibicarakan.
Pihak pendakwaraya mahu denda sebanyak AS$9 juta (RM40) dikenakan ke atas Barcelona manakala kelab Santos perlu membayar sebanyak AS$7 juta (RM26 juta).
Kes itu dibangkitkan selepas kumpulan pelaburan Brazil, DIS mengemukakan aduan apabila mendakwa kedua-dua kelab terbabit gagal membayar 40 peratus daripada hasil perpindahan Neymar yang dianggarkan berjumlah AS$37 juta (RM166 juta).
Selain itu, syarikat berkenaan mendakwa jumlah yang mereka peroleh hasil perpindahan Neymar jauh lebih rendah daripada yang dijanjikan.
Neymar menyertai Barcelona dengan yuran perpindahan sebanyak AS$60 juta (RM271 juta) pada 2013.
Antara yang turut berdepan dakwaan tersebut termasuk ibu dan syarikat yang dikendalikan oleh pemain berusia 25 tahun tersebut.
Kesemua yang terlibat tidak boleh mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu dan tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan.

Read more at http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/02/21/neymar-rasuah/#wYvvJA0KVISOSBlY.99

Tuesday, February 21, 2017

Perghh !!! Korea Utara Tak Percaya Siasatan Polis Malaysia




Korea Utara Tak Percaya Siasatan Polis Malaysia


Kang Chol


KUALA LUMPUR: Korea Utara tidak mempercayai proses siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kematian seorang lelaki pemegang pasport negara itu di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Isnin lalu.
Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol berkata, beliau berpendapat sedemikian kerana tindakan Malaysia adalah tidak adil dan bertentangan dengan apa yang telah dibincangkan sebelum ini.
"Sudah tujuh hari insiden itu berlaku, tetapi masih tiada bukti jelas mengenai punca kematian dan pada masa ini kami tidak boleh mempercayai siasatan oleh polis Malaysia walaupun keputusannya akan diperolehi.
"Ia hanya akan menambah keraguan bahawa mungkin ada pihak lain yang terlibat di sebalik siasatan itu," katanya ketika membacakan kenyataan media kepada pemberita di pejabat Kedutaan Besar Korea Utara di sini, Isnin.
Kang Chol dengan nada tegas membacakan kenyataan lima helaian di hadapan media tempatan dan antarabangsa selama lebih kurang 20 minit turut menuduh siasatan yang dijalankan oleh Malaysia sebagai bermotifkan politik.

Ini berikutan pertikaiannya mengenai polis Malaysia yang menetapkan supaya hanya waris yang telah melalui ujian DNA boleh menuntut mayat lelaki tersebut.

Kang Chol juga mempersoalkan mengenai identiti lelaki berkenaan yang bernama Kim Chol di dalam pasport, tetapi disahkan oleh polis Malaysia sebagai Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

"Ini jelas menunjukkan siasatan oleh polis Malaysia bukan untuk mendapatkan penjelasan mengenai punca  kematian dan mencari suspek, sebaliknya mempunyai matlamat politik.

"Si mati bukan rakyat biasa tetapi pemegang pasport diplomatik yang mempunyai keistimewaan dalam Konvensyen Vienna mengenai hubungan diplomatik yang perlu dipatuhi," katanya.

Terdahulu, Malaysia telah memanggil pulang Duta Besarnya di Pyongyang untuk proses perundingan dan mengarahkan Kang Chol, untuk memberi penjelasan mengenai kenyataannya berhubung kematian Jong-nam.

Pada 13 Februari lalu, Jong-nam berada di KLIA2 sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila seorang wanita menekup mukanya dengan sehelai kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Beliau yang dipercayai tiba di Malaysia dari Macau pada 6 Februari menggunakan nama Kim Chol dalam pasportnya, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas mengadu kurang sihat kepada petugas di lapangan terbang itu dan diberi rawatan awal di klinik di situ.

Dalam kenyataan sama, Wisma Putra menekankan bahawa memandangkan kematian itu berlaku di Malaysia dalam keadaan yang mencurigakan, maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/20/korea-utara-tak-percaya-polis-malaysia/#ahrrBFxjWCx2CrcJ.99

Monday, February 20, 2017

‘Cerita negatif anak saya berlumba tidak benar’

‘Cerita negatif anak saya berlumba tidak benar’
‘Cerita negatif anak saya berlumba tidak benar’ 

Abd Mutalip (dua,kanan) menyerahkan sumbangan wang tunai dan khairat kematian 
kepada Amir (tengah) bapa kepada remaja nahas basikal sambil diperhatikan isterinya,
 Sabariah Yusof (tiga,kiri).
JOHOR BAHRU - Cerita-cerita negatif menyatakan anak saya berlumba hingga menjadi
viral dalam Facebook dan aplikasi WhatsApp adalah tidak benar,”kata  Amir Omar, 47,
bapa kepada arwah Mohamad Azhar dari Kampung Senibong, Masai, dekat sini.

Amir mengakui terkilan dengan dakwaan dalam media sosial yang menyebarkan cerita
negatif kononnya anaknya berlumba semasa hari kejadian.
Rakan arwah Mohamad Azhar yang ada bersama-sama pada malam itu menyatakan
mereka tidak berlumba malah semasa kejadian mereka berada di tepi jalan melihat seorang
daripada kawannya membaiki tayar basikal yang pancit.
“Kami sekeluarga berharap orang ramai tidak membuat andaian tidak berasas berhubung
 kejadian berkenaan. Tidak dinafikan kami berasa terkilan  dan sedih dengan dakwaan
di buat di media sosial,”katanya.
Dia berkata demikian ketika sidang media di rumahnya, selepas menerima kunjungan
Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd  Mutalip Abd Rahim.
Dalam kunjungan itu, Abd  Mutalip menyampaikan sumbangan wang tunai dan khairat
 kematian RM1,800 kepada keluarga Mohamad Azhar dengan ditemani isterinya, Sabariah
 Yusof, 49.Keluarga Mohamad Azhar turut menerima sumbangan RM300 daripada Umno
Cawangan Kampung Senibong yang disampaikan ketuanya, Yacob Shadan. Hadir sama,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Senibong, Mohd Asri A Karim.
Dalam kunjungan tersebut majlis tahlil secara ringkas turut dilakukan untuk arwah
Mohamad Azhar yang dipimpin Abd  Mutalip dengan dihadiri guru-guru dari SMK
Senibong.Mohamad Azhar, 16, adalah seorang daripada lapan  remaja yang maut dalam
 kemalangan pukul 3 pagi kelmarin selain dua kritikal dan enam lagi cedera serta masih
 dirawat di hospital.
Amir yang merupakan seorang nelayan berkata, arwah anaknya mula bermain basikal sejak
 dua tahun lalu dan biasanya hanya menunggang kenderaan itu di kawasan berdekatan.
Beliau berkata, Mohamad Azhar merupakan anak bongsu daripada lapan beradik dan
seorang yang pendiam serta tidak merokok selain sering membantu abangnya menjual dadih berdekatan rumah.Sementara itu, Abd  Mutalip berkata, kerajaan negeri menerusi Majlis
Agama Islam Johor (Maij) menyerahkan sumbangan RM20,800 kepada 16 keluarga remaja y
ang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Menurutnya, lapan keluarga yang terkorban masing-masing menerima RM1,800 manakala
 lapan keluarga remaja yang cedera pula masing-masing mendapat RM1,000.

Sunday, February 19, 2017

Pemandu terlibat tak guna telefon bimbit: Polis


Kemalangan basikal
JOHOR BAHRU - Polis menafikan dakwaan kononnya wanita yang merempuh sekumpulan remaja lelaki berbasikal sehingga lapan dari mereka maut di Jalan Lingkaran Dalam dekat sini, awal pagi tadi, menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, siasatan telah dilakukan dan tiada elemen sedemikian ditemukan.
"Jika dia (mangsa terselamat) nampak, minta tampil beri statement (keterangan) pada polis," katanya kepada Bernama, ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau diminta menggulas beberapa dakwaan oleh mangsa-mangsa terselamat dalam kejadian tersebut, yang memberitahu wanita berusia 22 tahun itu kononnya bermain telefon ketika sedang memandu.
Sulaiman juga meminta orang ramai tidak mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang maklumat sahih berhubung kejadian berkenaan.
Menurut Sulaiman, wanita itu yang merupakan seorang jurujual baharu sahaja pulang dari rumah kawannya ketika kejadian.   
Dalam kejadian 3 pagi itu, lapan remaja lelaki dilaporkan maut setelah dirempuh kereta yang dipandu wanita berkenaan, mengakibatkan empat lagi patah kaki, dua orang tidak stabil berikutan pendarahan dalam otak dan seorang pula luka di kepala dan seorang lagi cedera di pinggul.
Kejadian berlaku ketika kumpulan remaja berkenaan sedang berbasikal menuju ke Dataran Bandaraya Johor Bahru dan dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah di sini.
Menurut Sulaiman, tindakan mereka itu menyebabkan wanita itu tidak sempat mengelak lalu melanggar kumpulan berkenaan. - Bernama

Saturday, February 18, 2017

Sajat Isytihar Dirinya Wanita..Kenapaya ???




Nur Sajat kini fokus dalam mengembangkan sayap perniagaan kosmetiknya. foto-Sumber dari Instagram NurSajat02
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Jutawan kosmetik, Nur Sajat secara terbuka mengisyitiharkan jantinanya sebagai wanita selepas diasak mengenai status dirinya di laman media sosial.

Menurut Sajat, 30, surat pengesahan itu dimuatnaik ke laman instagramnya selepas dikecam masyarakat hingga menggugat perniagaannya.

"Sajat memuatnaik gambar surat itu di laman instagram susulan status Sajat yang menjadi tanda tanya dan rasa kurang senang masyarakat terhadap Sajat.

"Macam-macam yang mereka perkatakan sehingga timbul fitnah yang turut membabitkan perniagaan Sajat", ujarnya kepada mStar Online.

Usahawan itu pada Khamis memuatnaik surat pengesahan yang diperoleh dua tahun lalu hasil pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Ampang.

Surat pengesahan yang dimuatnaik di laman Instagram pada Khamis.

Anak keempat dari tujuh adik beradik itu mendakwa surat pengesahan yang diberikan oleh doktor yang telah membuat pemeriksaan ke atasnya sekaligus mengiktiraf dirinya seorang wanita.

"Surat itu jelas mengiktirafkan Sajat adalah seorang wanita bukan pertukaran jantina.

"Perkara itu disahkan sendiri oleh pakar sakit puan yang melakukan pemeriksaan ke atas Sajat", katanya.

Katanya, pemeriksaan itu dilakukan atas dasar kemanusiaan, juga selepas melihat nama pada kad pengenalan Sajat berbeza dengan keadaan fizikalnya.

"Sajat sememangnya dilahirkan sebagai khunsa. Tetapi ramai yang menuduh Sajat pondan, mak nyah tidak kurang juga menuduh Sajat membeli surat pengesahan itu kerana ingin menukar nama pada IC.

"Sajat melakukan pemeriksaan itu semata-mata mengikut saranan pakar sakit puan bagi menentukan jantina Sajat," katanya.

Sajat yang kini fokus untuk mengembangkan sayap perniagaannya berkata, herdikan yang diterima dari masyarakat itu tidak menjejaskan kariernya malah menjadi kekuatan untuk terus maju dalam bidang perniagaannya.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/17/sajat-isytihar-diri-wanita/#vgHX1hh2sesBwOAv.99

Friday, February 17, 2017

Tragis Bayi dikelar: Ibu dituduh membunuh

Bayi dikelar: Ibu dituduh membunuh
Tertuduh (tengah) dikawal ketat polis ketika dibawa keluar dari bilik mahkamah selepas selesai prosiding dakwaan terhadapnya.- Foto Sinar Harian
KOTA BHARU - Seorang ibu yang dipercayai mengelar hingga mati bayi perempuannya yang berusia dua bulan baru-baru ini, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, di sini, hari ini.
Wanita tersebut, Fadilah Mohd Zain, 32, dituduh membunuh Nur Areesa Sofea Jiri di sebuah rumah di tingkat 2, Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, di sini antara jam 1 tengah hari dan 2 petang, 4 Februari lalu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Bayi maut dikelar ibu]
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ainul Wardah Shahidan di hadapan Majistret, Mohd Azrul Hasyimi Muhammad, manakala tertuduh diwakili peguam Shamsul Baharin Abdullah.
Tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 20 Mac depan.

Wednesday, February 15, 2017

Perghhh,,enggunaan sticker burung goyang kepala 'menggila'

Trash Dove
(Kiri) Trash Dove
BAGAIKAN satu
BAGAIKAN satu kegilaan apabila laman sosial Facebook hari ini dihujani sticker baharu seekor burung berwarna ungu menganggukkan kepalanya yang 
baharu seekor burung berwarna ungu menganggukkan kepalanya yang dikongsi berulang kali dalam hampir semua perkongsian.
Menurut laporan The Verge, beberapa laman Facebook rasmi untuk organisasi seperti Vox, Polygon, Business Insider malahan laman berita CNN, BBC juga dipenuhi komen yang mengandungi sticker berkenaan.
Dalam sebuah artikel milik New York Times, seorang pelayar menggunakan sticker tersebut sebanyak 92 kali!
Difahamkan, penggunaan sticker yang dikenali sebagai 'Trash Doves' tersebut mula tular di Thailand, awal bulan ini.
Walaupun sebahagian pelayar menganggap penggunaan sticker tersebut secara berlebihan adalah kelakar, ia juga dianggap biadap apabila digunakan pada berita berkenaan dengan kematian.
"Apa kena dengan semua orang yang gunakan sticker mengarut ini? Terlalu ramai yang 'spam' sticker ini tak kira pada apa jenis berita," kat Menka laman Facebook berita, Daily Mail.
"Semoga dapat hidayah," kata Pak selepas seorang pelayar menggunakan sticker tersebut pada berita mengenai kematian.


Tuesday, February 14, 2017

Perghhh..Amik Kau : Ingat Jalan Ni Bapak Kau Yang Punya'



GAMBAR HIASAN
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Akibat mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis, seorang ejen trak tunda didenda maksimum RM100 atau penjara tiga hari oleh Mahkamah Majistret di sini, Isnin.
Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Zulkeflee Abu, 53, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di Jalan Sungai Besi berhampiran Bulatan Sungai Besi menghala ke Jalan Tun Razak, di sini, pada 6 pagi, 12 Februari lepas.
Dia didakwa mengeluarkan perkataan-perkataan yang kurang sopan atau menghina dengan tujuan membangkitkan kemarahan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100.
Terdahulu, agensi berita Bernama melaporkan, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu denda yang minimum dengan alasan dia penanggung utama keluarganya.
Mengikut fakta kes, ketika pengadu yang merupakan seorang anggota polis sedang mengawal lalu lintas di lokasi kemalangan, dia mengarah beberapa ejen trak tunda supaya mengalihkan kenderaan.
Tiba-tiba, tertuduh datang dalam keadaan marah-marah dan mengeluarkan kata-kata kesat dengan berkata "Ingat jalan ni bapak kau yang punya".

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2017/02/13/hina-polis-denda/#C90yQldwoubCckqZ.99

Monday, February 13, 2017

Gambar gambar Seorang Lelaki Yang Coba Terjun Jambatan P Pinang , Petang. Semalam

Cubaan seorang lelaki terjun bunuh diri dari atas jambatan Pulau Pinang gagal nampaknya sebentar tadi. Syukur mangsa dapat diselamatkan oleh sekumpulan kaki pancing yang menjadi wira menyelamatkan mangsa tersebut dari menemui ajal.

Lokasi :  tiang 46





Sunday, February 12, 2017

Penyamun tercicir hasil rompakan bernilai RM70,000



Penyamun tercicir wang RM70,000
Antara kepingan emas yang ditemui dalam beg.
SHAH ALAM – Sekumpulan penyamun berputih mata selepas hasil rompakannya berjumlah kira-kira RM70,000 tercicir.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, kelmarin, sekumpulan penjenayah memecah masuk rumah teres dua tingkat di U11 Bukit Bandaraya, dekat sini, milik ahli perniagaan catering.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, ketika kejadian, mangsa berusia 30 tahun bersama isteri dan seorang anaknya sedang di tidur di ruang tamu selepas pulang daripada kerja-kerja katering.
Menurutnya, mangsa bagaimanapun terjaga selepas mendengar ada perkakasan dapur terjatuh di bahagian bawah rumahnya
“Mangsa kemudian bergegas melihat kejadian sebelum mendapati pintu rumahnya yang terbuka selain pagar belakang yang dipotong.
“Mangsa yang turut menjalankan perniagaan jual beli emas itu kemudiannya bergegas membuat panggilan polis,” katanya.
Beliau berkata, polis yang tiba telah membuat pemeriksaan di sekitar rumah mangsa sebelum menemui sebuah beg berisi beberapa kepingan emas dan wang tunai dianggar berjumlah RM70,000 milik mangsa.
Katanya, siasatan masih dijalankan dan polis percaya suspek terdiri lebih daripada dua individu.
“Usaha memburu suspek masih giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Saturday, February 11, 2017

Fuyooo !!! Penunggang Superbike Perlu Ajar Pengguna Kapcai - TPM




  (Ubah saiz teks)
KOTA KINABALU: Penunggang motosikal berkuasa tinggi (superbike) amat dikenali sebagai antara pengguna jalan raya paling berdisiplin dan perlu menjadi contoh kepada pengguna lain terutamanya penunggang motosikal kapcai, demikian saranan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, penungggang superbike perlu berkongsikan pengetahuan dan kemahiran mereka kepada penunggang motosikal kecil dan menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes kematian membabitkan kumpulan kumpulan pengguna kapcai.
"Jangan hanya berkumpul sesama sendiri, tetapi bercampurlah dengan penunggang motosikal kapcai supaya mereka boleh belajar satu atau dua perkara untuk berdisiplin di atas jalan raya," katanya.
Ahmad Zahid menekankan bahawa negara mencatatkan 521,466 kemalangan trafik pada tahun lalu, jumlah tertinggi dalam tempoh lima tahun dan lebih daripada separuh jumlah itu melibatkan penunggang motosikal.
"Dua tahun lalu, lebih 7,100 kematian dicatatkan akibat kemalangan dan lebih separuh jumlah itu merupakan penunggang motosikal," katanya.
Tambah beliau, kemalangan trafik juga memberi kesan kepada ekonomi negara untuk menampung kos perubatan sebanyak RM9.2 juta bagi merawat mangsa dan kehilangan produktiviti.
"Angka kemalangan trafik perlu dikurangkan sebanyak 20 peratus pada setiap tahun.
"Tidak realistik jika mengharapkan sifar kemalangan tetapi kita perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mengurangkan kadar kemalangan," katanya.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung