Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Monday, January 9, 2017

Perghhh Dahsyat ::: Lelaki tendang kereta dicari polis

Lelaki tendang kereta dicari polis

Lelaki tendang kereta dicari polis
Suspek menendang dan memukul menggunakan topi keledar kereta mangsa dalam kejadian
 pagi tadi.
GEORGETOWN - Polis sedang mencari seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung
 kes buli di jalanraya pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata,
 polis menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu yang dibuat di Balai Polis
Central dan kemudiannya mengenalpasti suspek.
Menurutnya, susulan daripada itu, polis menyerbu rumah suspek namun suspek tiada
dirumahnya."Suspek sudah dikenalpasti namun belum ditahan untuk membantu siasatan.
"Sehubungan dengan itu, kita menasihati suspek agar tampil menyerah diri ke Jabatan
Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk membantu siasatan,"
 katanya ketika dihubungi tadi.
Mior Faridalathrash berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi  itu, seorang lelaki
 berusia 33 tahun didakwa diugut untuk dicederakan ketika sedang memandu di Jalan Masjid
 Kapitan Keling di sini.
"Semasa mangsa memandu kereta di jalan berkenaan, dia didatangi seorang lelaki yang
menunggang motosikal. Lelaki itu kemudiannya memotong kereta Proton Waja mangsa
di sebelah kiri dan hampir berlaku kemalangan.
"Suspek kemudiannya mengarahkan mangsa supaya menurunkan cermin tetapi mangsa
enggan. Berang dengan tindakan mangsa, suspek bertindak memukul cermin sisi kereta
mangsa dengan menggunakan topi keledar sehingga pecah dan patah," katanya.
Menurutnya, suspek kemudiannya mengeluarkan wang RM5 dan melemparkannya ke arah
 mangsa."Wang itu dipercayai sebagai ganti rugi ke atas tindakannya itu. Namun, suspek
terus menendang bahagian pintu pemandu dan penumpang sebelah kiri dengan kaki beberapa
 kali dan mengugut mahu memukul mangsa.
"Mangsa tidak menghiraukan suspek dan terus memandu ke arah Jalan Masjid Kapitan Keling
untuk ke balai polis. Suspek bertindak mengejar kereta mangsa sambil memukul bahagian
badan kereta dengan topi keledar. Kejadian itu berlarutan sehinggga ke simpang lampu
 isyarat hadapan Masjid Kapitan Keling," katanya.
Mior Faridalathrash berkata, kereta mangsa dan motosikal suspek beberapa kali bergesel
dan akhirnya menyebabkan suspek terjatuh dari motosikalnya.
"Ketika kereta mangsa berhenti di lampu isyarat di hadapan bangunan 1st Avenue, di sini,
 suspek turun dari motosikalnya dan terus tendang beberapa kali di bahagian belakang kereta
mangsa.
"Orang awam yang menyaksikan kejadian itu cuba mententeramkan suspek," katanya.
Menurutnya, akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM1,000.
Mior Faridalathrash berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung