Nuffnang

Saturday, November 26, 2016

Perghhh Palestin Malukan Israel, Hantar Bomba Padam Kebakaran






Palestin Malukan Israel, Hantar Bomba Padam Kebakaran



Jentera bomba Palestin (merah) tiba di lokasi kebakaran untuk membantu Israel memadamkan kebakaran pada 24 November 2016.
  (Ubah saiz teks)
RAMALLAH: Israel terus dimalukan apabila pasukan bomba Palestin menghantar bantuan untuk memadamkan kebakaran yang semakin tidak terkawal di wilayah jajahan rejim Zionis itu.
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mejar Jeneral Yousef Nassar berkata, sebanyak empat buah jentera bomba dikerah untuk memberi bantuan kepada rejim penceroboh itu.
Jelas beliau seperti dilaporkan agensi berita Wafa, sejumlah krew bomba membuat persediaan sebelum menyertai Israel dan pasukan bomba dari beberapa negara lain untuk memadamkan kebakaran.
Setakat ini, sebanyak tujuh buah negara menghantar pesawat, sebuah helikopter untuk memadamkan api yang mula merebak sejak Selasa.
Seramai 350 anggota bomba menggunakan jentera pemadam dikerah untuk mengawal kebakaran di kawasan Haifa pada Khamis.
"Kami masih memerlukan bantuan antarabangsa," kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kepada pemberita.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Rusia, Itali, Greece, Croatia, Cyprus dan Turki kerana menghulurkan bantuan.
"Sebanyak 10 lagi pesawat akan tiba sebelum tengah malam untuk memadamkan kebakaran termasuk dua pesawat besar yang dihantar oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin," katanya.
Meskipun Israel sentiasa menindas penduduk dan menceroboh wilayah Palestin, tetapi PA mengenepikan soal dendam untuk menghulurkan bantuan atas dasar kemanusiaan.
Pada 2010, seramai 19 anggota bomba Palestin menyertai operasi memadamkan kebakaran di hutan Carmel walaupun pada mulanya Israel dengan angkuh menolak tawaran bantuan itu.
Rejim Zionis memberi alasan mereka tidak mempunyai askar untuk memantau pergerakan ahli bomba terbabit.
Bagaimanapun Israel menukar fikiran pada hari ketiga kebakaran dan menerima bantuan Palestin.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung