Nuffnang

Wednesday, May 8, 2013

Penjelasan PAS Terengganu Berkenaan Petisyen PRU13 Terjawab..Wajib Baca



Ramai yang bertanya saya kononnya ada partisyen di Terengganu yang mana PR sepatutnya menang dengan keputusan 17 kerusi dan BN 15. Dalam hebahan itu TG Haji ABdul Hadi meminta untuk solat hajat dan Sultan tangguh perlantikan MB.

Saya kata semuanya tak benar, tapi masih ada lagi yang tak percaya, malah ada blog menyiarkan kenyataan berkenaan hebahan berkenaan.
Kenyataan yang rasmi yang saya petik daripada facebook Timbalan Persuruhjaya PAS Terengganu 1 adalah seperti berikut:
Sidang Akhbar Badan perhubungn Pas Trg kali pertama slps Pru 13. Ucapn timakasih kpd rakyat ats sokongn yg mningkat kpd 100% bbanding Pru lalu. Pihak Pas sdg mkumpul maklumat utk petisyen. Tq - Ustaz Saitiful Bahri Mamat, Timbalan Persuruhjaya PAS Terengganu 1.
Tak ada apa-apa, sekadar sedang mengumpul maklumat untuk petisyen. Jangan sebar berita yang membuatkan kita syok sendiri akhirnya "frust tunggeng" dengan harapan yang tak akan berlaku!

Satu lagi yang hebahan tak betul berkenaan ada gabungan antara PAS-UMNO di Terengganu. Ini lagi karut. Tak payah bodoh sangat nak hidupkan isu "UG". Itu semua kerja bodoh dan tak ada faedah... 

Penangguhan MB di Terengganu macam dulu jugalah.. Dia orang (UMNO) bercakaran sesama sendiri sehingga ada ugut nak keluar UMNO masuk PAS (Itu pun acah aje..)

Kita doakan 'perkelahian' mereka berlarutan sehingga ada yang 'luka, patah dan sebaiknya mampus' terus!!! ~tranungkite

8 comments:

Anonymous said...

Kalau PAS nak perintah Trengganu dan Hadi Awang jadi MB Trengganu - baik tak usah.Buang masa aje.

Anonymous said...

anon 2:21, baik ko je yg merintah Trengganu kan kan.....hehe

Anonymous said...

Anoy..haprak tu..

Anonymous said...

Banyak penipuan semasa pengiraan undi.Diawal pengiraan, PR sudah mendahului, selepas bergelap, BN pula menang. Ini terjadi di 16 tempat di 4 buah negeri.Ada wakil PR dihalau keluar apabila undinya mendahului.Selepas pengiraan ,tanpa pemantauan, tiba2 BN menang. Ditempat Husam Musa ada 4,000 undi awam dibawa masuk, sedangkan diPuterajaya semuanya kaki tangan kerajaan.Undi pos yg dibawa masuk,menyebabkan BN menang. Eloklah dibuat bantahan dlm tempoh 21 hari utk semak dan kira semula.Menang atau kalah tidak jadi hal, yg penting adalah jujur, tidak menipu.Pemimpin Pakatan Rakyat bukan gila kuasa. Jika mereka memerintah, bukan utk kaut kekayaan, tapi utk kebaikan dan kesejahteraan rakyat.Yg penting ubah dasar yg menekan hidup rakyat.

Anonymous said...

Hidup ini kena jujur..sebab kita nak mati..fikir 2..dunia lepas..akhirat.tahulah..jawabnya..

Anonymous said...

kena tanya abg harussani kita hukum terima gaji dlm penipuan. ingatlah gaji yg diterima untuk isteri dan anak2 kita.
Makan nasi beras gred A, lauk special,udang,ketam,kerapu,jenak bg anak bini kita mentekedarah tp gaji yg kita terima tu mcmana.
dj

Anonymous said...

ckp sedap mulut aja. ko baca fatehah pun x lepas nak komen tuan guru pulak. dj

Anonymous said...

Bukan cakap sedap mulut 1.06PM. Sebab mufti nie selalu keluar fatwa.. terutama berkait dengan pihak apa yang dikatakan pembangkang... jadi sepatutnya mufti kena tangani semua isu dalam negara... jadi keluarlah juga fatwa berkait dengan perkara itu (penipuan) dalam PRU13 baru-baru nie....Ni bila orang berhimpun maka berkokoklah... HARAM Menentang Kerajaan... tapi bila Kerajaan buat tak betul.. mana ada fatwa?... Bila ada pihak keluar video seks, akhbar siar muka depan, TV siar sampai anak-anak kecil akupun naik malu... kenapa tak ada fatwa....?????

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung