Nuffnang

Thursday, March 31, 2011

Aku dah loya Tengok TV...!!!!!!..



salam buat semua,

Saban hari kita akan lihat dan baca dalam akhbar, khabar berita lucah , rakaman video, rasuah, rogol ,liwat meliwat,rompak, menyamun dan sebagainya..
Apa yang hendak dikongsikan bersama disini ialah..betulka berita tu,
takut ada berita yang kurang tepat ?
kita sebagai pembaca dan penonton rasa muak dan loya dibuatnya.
Dalam hukum Islam kalau ada 4 orang saksi yang menyaksikannya.. ha..
kadang kadang malu dengan anak anak, hendak lihat Tv pun segan.
hari hari cerita video sek, liwat..fuhh..lepas tu Datuk tu rasuah, Datuk ni rasuh..cukuplah ..makan setakat apa yang ada..
Semoga Allah lindungi kita dari perkara perkara mungkar yang dilakukan oleh orang lain ke atas kita..bala ni datang kepada semua..cukuplah...

Wednesday, March 30, 2011

'Spiderman' takluki Burj Khalifa..Hebatnya dia


PEMANJAT Perancis, Alain Robert (dalam bulatan), memanjat bangunan Burj Khalifa setinggi 828 meter di Dubai semalam.
DUBAI - Pemanjat nekad dari Perancis, Alain Robert berdepan cabaran terhebatnya apabila memanjat binaan setinggi 828 meter yang merupakan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, semalam.

Halangan angin kencang menyebabkan Robert, 48, tiba di puncak Burj Khalifa lewat beberapa jam daripada jadual asalnya.

Mendapat jolokan Spiderman kerana kehebatannya memanjat, dia mengambil masa sekitar enam jam untuk memanjat bangunan setinggi lebih 160 tingkat itu dengan menggunakan tali dan abah-abah seperti yang ditetapkan oleh penganjur.

"Sebenarnya, saya berdepan tekanan yang besar kerana mereka memasang semuanya untuk saya di sini. Terdapat sebuah skrin gergasi setinggi 50 meter dan sepanjang 30 meter. Saya sedar saya menjadi tumpuan orang ramai dan faktor tersebut memberi tekanan kepada saya," kata Robert sebelum mula memanjat.

Dia memanjat bangunan seawal usia 12 tahun apabila terpaksa memanjat untuk masuk ke dalam apartmen setinggi lapan tingkat milik keluarganya selepas tertinggal kunci rumah.

Sejak itu, Robert telah memanjat lebih 80 buah bangunan pencakar langit di seluruh dunia termasuk Menara Sears di Chicago, Amerika Syarikat (AS) dan Taipei 101 di Taiwan.- Reuters

Nota..Mr Robert ni, pernah datang ke Malaysia dan panjat menara Petronas, tetapi ia dihalang oleh pihak berkuasa, atas alasan keselamatan.

Tuesday, March 29, 2011

XPDC Ke Gunung Jerai...


Peserta konvoi sedang , makan tengah hari di warung tepi jalan Gurun kedah,sebelum mendaki gunung jerai.



Motorsikal peserta peserta konvoi di letak di tempat letak kenderaan.



Peserta konvoi sedang turun dari puncak gunung jerai..

salam buat semua
Penulis ingin menceritakan pengalaman berkonvoi dari Bukit Mertajam,Seb Perai ke Gunung Jerai pada 25 hingga 27/2/2011 bersama rakan rakan untuk kursus percambahan minda, serta motivasi diri selama 2 hari 2 malam. Apa yang hendak diceritakan ialah, jalan ke atas gunung jerai memang mencabar, banyak selekoh u, kalau naik motorsikal ok sikit, kalau naik kereta kena bawa perlahan lahan la. Masa kami naik keatas gunung syukran hujan tak lebat, lepas sampai hari sabtu sehari hujan, punyalah sejuk..kalau tengah hari bacaan suhu ialah 21 C , dan kalau waktu malam dan waktu subuh 18C,
Masa balik cuaca panas ok..aku pi naik kereta, sebab bawa kawan kawan yang lain.. di sini tempat sempoi...boleh bawa isteri untuk berbulan madu..tak ada siapa yang kacau..

Sunday, March 27, 2011

Ilmu Merupakan Satu Kuasa Besar


Salam buat semua

Penulis hari ini ,inigin menceritakan dan mengambil sediit ilmu daripada penceramah , yang menceritakan bahawa ilmu adalah satu kuasa besar dalam dunia ini.. apa tidaknya, di sini saya senaraikan beberapa poit dan perkara besar, yang boleh dikongsi bersama..

1. Saidina ali berkata ..kalau kamu ada harta, kamu gunakan harta kamu akan habis,kalau kamu ada ilmu, ilmu akan menjaga kamu.
2. Islam yang mendominasi Ilmu ini terlebih dahulu, contohnya Rasulullah s.a.w pernah naik kelangit terlebih dahulu, dan mengetahui apa yang akan berlaku masa hadapan.
3. Ilmu juga sebagai pelita hati, dikala hati kita gelap dan tak keruan.
4. Ilmu juga membimbing kita kearah yang lebih baik .
5. Jadilah insan berilmu, kerana sekiranya kita ada ilmu, tiada siapa yang boleh memperbodohkan kita.

sekian ada banyak lagi..cukup seakat ini

Thursday, March 24, 2011

Suka Duka Seorang Penarik Beca


Gambar Hiasan Sahaja

salam buat semua..

Semoga kita dalam keadaan sihat sejhtera hendaknya
Hari ini Penulis ingin menceritakan kehidupan seorang penarik beca
Dulu Semasa aku di kampug,ada seorang pakcik penarik beca
Apa bila mentari menyinari pagi dia telah keluar mencari rezeki
Mencari rezeki untuk anak isterinya..

Abang Beca , kayuh dan kayuh becanya dari utara ke selatan
Kadang kadang dari timur ke barat..
Rezekinya ibarat kais pagi makan pagi , kais petang makan petang,
Kadang kadang dapat wang yang banyak, kadang kadang sedikit..
Apa yang aku tahu kehidupan seorang penarik beca tidaklah semewah sangat
cukuplah setakat untuk makan dan minum sahaja..

Pakcik penarik beca tadi anaknya 6 orang..isterinya buat kueh untuk dijual
pendapatan jual kueh sekadar untuk duit kocek sekolah anak anak sahaja..
Saban hari kerjanya sebegitu...tak hiraukan orang yang menyindir sekali-sekala maklumlah , penarik beca, pakaiannya tak berapa sempurna.
Berkat doa isteri seorang penarik beca, anak anak nya berjaya dan semunya bekerja, kadang kadang menitis air mataku mengenagkan mereka..
kehidupanya telah berubah dari susah ketahap sederhana..
itulah syukur dan berkat namanya..

Nukilan Abu Luqman..

Wednesday, March 23, 2011

Apa perasaan anda apabila kapal terbang hendak "Take Off" ?


Keadaan kapal terbang semasa nak "Take Off"
salama buat semua , hari ini penulis saja nak berkongsi pendapat berkaitan dengan naik kapal terbang, mungkin semua rakan blogger dah biasa kut...aku dah banyak kali naik kapal terbang, tapi perasaan aku masih lagi gementar dan rasa semacam je apa bila kapal terbang nak "Take Off " ( nak terbang )...tak tahu macam mana nak cakap..macam jantung nak luruh pun ada....huhu..tapi kalau naik kapal terbang jenis boeing kurang sikit.. macam macam perasaan pun ada..kalau runaway dia pendek , lagi sakan..huhu..
Sudah lah naik semacam , turun pun semacam juga, masa nak landing ni payah sikit kata juruterbang, dia kena konfiden dan penglihatan kena tajam.huhu..badan mahu sihat... ma..
aku buat n3 ni sebab baru ni, aku pi KL..sudahlah kecut perut masa kapalterbang nak take off, hujan lebat pulak..Allah hu Akhbar..tuhan saja yang tahu ye...

Monday, March 21, 2011

Kerana Gila Kuasa, Rakyat jadi Mangsa


SEORANG lelaki berdiri di hadapan sebuah kereta perisai milik penyokong Muammar Gaddafi yang terbakar dalam serangan di sebatang jalan di antara Benghazi dan Ajdabiyah, Libya semalam.

48 orang terbunuh, 150 cedera

TRIPOLI - Selepas hampir 42 tahun di puncak kuasa, Pemerintah Libya, Muammar Gaddafi dikejutkan dengan serangan 112 peluru berpandu Tomahawk pada awal pagi semalam yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutunya.

Kempen perikatan itu dilihat sebagai yang terbesar sejak Perang Iraq tamat hampir lapan tahun lalu apatah lagi dunia melihatnya sebagai usaha terbaru Barat untuk memaksa Gaddafi berundur.

Selain AS, perikatan Barat itu terdiri daripada Britain, Perancis, Kanada dan Itali.

Kapal Amerika Syarikat yang terlibat dalam serangan itu termasuklah USS Barry, USS Stout, USS Providence, USS Scranton dan USS Florida dengan dibantu sebuah kapal selam Britain, Westminster.

Ulasan : kesian pada rakyat libya..yang menjadi mangsa di atas kerakusan Presiden nya

Sunday, March 20, 2011

Membazir ke Tandas Yang mahal ?


Tandas Yang Dikatakan Harga RM 196,000..

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mendakwa ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong tersilap sangka mengenai isu projek menaik taraf dua unit tandas awam di Taman Botanikal Melaka di Ayer Keroh.

Menurut yang dipertuanya Sapiah Haron, kos sebenar bukanlah sebanyak RM199,800 - angka yang dianggap tidak masuk akal dan membazir.

Sapiah menjelaskan, kos berkenaan sebenarnya adalah RM196,000 dan ia adalah munasabah, malah 10 peratus lebih rendah daripada apa yang disasarkan.

Beliau turut menyangkal dakwaan ADUN dari DAP itu yang kononnya tender yang dikeluarkan adalah secara terus tetapi sebaliknya ia dikeluarkan secara terbuka mengikut peruntukan Kementerian Kewangan.

"Lagi pun, peruntukan untuk projek menaiktaraf tandas itu adalah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan bukannya daripada kita (MPHTJ) atau kerajaan negeri Melaka.

"Lebih 100 kontraktor telah membida untuk mendapat peluang itu dan kita telah bawa mereka semua untuk melakukan lawatan tapak dan meninjau kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan terhadap projek menaik taraf untuk dua unit tandas terbabit.

"Malah kontraktor yang terpilih pun adalah dari kalangan yang menawarkan harga terendah sekali," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan ADUN dari DAP itu yang kononya kos projek berkenaan dua unit tandas terbabit sama nilainya dengan kos untuk membina sebuah banglow dua tingkat seperti yang dilaporkan Malaysiakini pada 16 Mac lalu. Malaysiakini.com

Friday, March 18, 2011

Hobi Memancing : Satu Pembaziaran atau Pendapatan


kalau dapat ikan macam ni..apa macam...bro.8 kilo ikan tenggiri.


salam buat semua

Hari ini sahaja nak buat n3 fasal memancing nie..ada orang kata hobi memancing ni satu pembaziran :
1. masa
2. Wang ringgit
3. Tanaga..

Betul ke...dak kut.bagi aku memancing ni bukan sekadar hobi, kadang kadang ianya boleh memberi pendapatan tambahan.. contohnya :

kalau kita memancing dapat sampai 50 hingga 100 kilo tak kan nak makan semua ye..
Penuis biasa memancing dapat ikan cencaru 100 kilo..kami jual sekilo RM 5.00 .kami apat hasil hari tu RM 500, ditolak duit bot RM 400 ada baki lagi RM 100 .bolehlah buat duit minyak krete kan..
Penulis biasa dapat ikan tenggiri 20 ekor amik se eokor sorang ( 6 orang) dan jual lagi 14 ekor dapt Rm 800 ) duit bot RM 400 dapat baki RM 400..
yang bestnye dapat ikan segar bro...manis pulak.kalau kat pasar isinya medak pula ye..huhu...

Thursday, March 17, 2011

Wow...Udang karang raksasa ditangkap


UDANG karang raksasa yang berjaya ditangkap oleh Marcus Hyde mempunyai berat empat kilogram.

TELUK BRACKLESHAM - Seeorang nelayan, Marcus Hyde menghantar seekor udang karang raksasa kepada pihak pengurusan Akuarium Blue Reef di Portsmouth, Britain selepas dia berjaya menangkap haiwan itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Udang karang itu yang sepanjang satu meter dan berat hampir empat kilogram (kg) ditangkap Marcus semasa dia memancing di sini.

Nelayan itu membuat keputusan untuk menghantar udang karang tersebut yang berusia lebih 50 tahun kerana dia menganggap haiwan berkenaan sebagai terlalu istimewa.

Udang itu juga dianggap terlalu tua untuk dijadikan hidangan yang menyelerakan.

Setakat ini udang karang yang paling besar pernah ditangkap ialah pada 1934 dengan berat 19kg. - Agensi

Ulasan..aku memang minat udang karang nie..isinya sodap bro..kaau sekilo RM 70 x 4 kilo = RM 280.00 sekor..kalau ada duit no hal ye..huhu..

Tuesday, March 15, 2011

Ezany Nizariff Sudah Ada Kilang Kicap, Belacan Sendiri


Ezany Nizariff

PETALING JAYA: Pelakon Ezany Nizariff telah telah melaburkan wang sebanyak RM800,000 sepanjang empat tahun berniaga menjual kicap dan belacan di bawah jenamanya sendiri, Ezany.

Ezany berkata, dia bersyukur kerana perniagaan makanan itu membuahkan hasil yang agak memberangsangkan sehingga mampu membuka sendiri sebuah kilang kicap dan belacan di Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor.

"Alhamdulillah, segala penat lelah dan kesabaran saya dan isteri berhasil. Semakin lama, jenama kicap dan belacan Ezany diterima ramai dan ia kini dijual di beberapa pasaraya seperti Giant, Mydin dan Jaya Jusco.

"Pada mulanya, saya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan bila ada wang lebih, saya tingkatkan kualiti produk yang dihasilkan.

"Contohnya, bekas kicap yang sebelum ini hanya menggunakan botol plastik kini ditukar kepada kaca dan belacan pula saya jadikan ia kepada serbuk dan kiub. Ini semua untuk membolehkan pengguna menggunakan produk tersebut," katanya.

Selain perniagaan kicap dan belacan, Ezany turut mempunyai jenama pakaiannya sendiri iaitu Grassjeans yang kini dijual di Jaya Jusco.

Tambah Ezany, perniagaannya yang bertambah maju itu membuatkan jadual hariannya begitu padat lebih-lebih lagi pelakon ini turut sibuk dengan karier lakonannya.

"Memang bukan mudah untuk membahagikan masa. Tetapi saya akan cuba lakukan yang terdaya. Kiranya, jika habis sahaja penggambaran, saya akan terus ke pejabat untuk buat apa yang patut.

"Isteri juga membantu dan selain itu saya memiliki empat orang pekerja yang menolong menjalankan perniagaan ini," ujarnya.

Kata Ezany lagi, dia menyarankan agar para selebriti turut membuka perniagaan sebagai pendapatan sampingan masing-masing.

Sementara itu, Ezany kini muncul menerusi drama Kemboja Putih di slot Legenda TV3 yang mula ditayangkan pada 7 Mac 2011, pukul 4.30 petang. MASTAR online

Ulasan.tahniah ezany walaupun sudah berjaya dlam bidang lakonan, kamu mencuba dalam bidang perniagaan , demi untuk masa depan disamping memberi peluang kepada orang lain bekerja..

Monday, March 14, 2011

Tahniah ...Chong Wei pertahan kejuaraan Seluruh England



KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mempertahankan kejuaraan Seluruh England apabila menumpaskan pemain China, Lin Dan pada final perseorangan di Birmingham, sebentar tadi
Chong Wei menang 21-17,21-17 untuk singkirkan musuh tradisinya itu dalam masa 52 minit.

Berita harian ..

Ulasan..apa pun tahniah Lee Chong Wee, kerana berjaya mengalahkan musuh tradisi kamu ye..semoga lebih berjaya pada tahun ini.

Saturday, March 12, 2011

Gambar Sekitar Tsunami Di Jepun...Allah Maha Kaya



Bayangkan ombat setinggi macam ni kat Pantai kita..Subhanallah



Gambar umbak Tsunami yang menggulung pantai Natori

salam buat semua..

semalam jam 4.ptg kita di kejutkan bahawa DiJepun, bandar Natori telah dilanda gempa bumi pada kadar 8.9 sekala rektor yang mengakibatkan Tsunami dengan menyebabkan kematian seramai 1000 setakat ini..

Friday, March 11, 2011

Sehari Di Gunung Jerai...Mai jenguk tempat dulu..



Pemandangan Di Hadapan pusat persidangan di Regency Hill Resort, Jerai..pagi ni memang sejuk..sejuk lebih kurang di Bukit Fraser, tengah hari 20 c. sahaja..malam kadang 2 sampai 15 c.


Hotel Penginapan Regency Hill Resort, Jerai

Aku dan rakan rakan buat tinjauan dulu sebelum kami booking untuk tinggal di sana..sekadar untuk melihat kesesuaian tempat dan persekirannya. Tempat ok nyaman dan boleh naik kereta sampai di atas puncak..kalau belum pernah datang sila datang ye..

Thursday, March 10, 2011

XPDC sehari di lautan.........ada hasilnya


Contoh ikan belitung dari google..sebab ada yang lihat macam mana ye..



Wah simamat ni ..bergaya sunggoh dia..mamat ni yang berjaya mendaratkan ikan tenggiri dan ikan siakap batu.



inilah ikan ikan yang telah berjaya kami daratkan..ikan yang warna hitam tu namanya..ikan Siakap batu, yang panjang tu ikan tenggiri

salam buat semua..inilah aktivi aku bila tiba hujung minggu, saja nak cari ikan segar je..kalau aku dok kat rumah..relex main ngan anak anak ..sekali sekali ..main dengan ikan pulak ye..hehe..
lokasi yang kami pergi ialah di perairan Yan-Penang..trip kali ini memang teruja..sebab aku dapat beberapa kali rentapan ikan..tapi aku hanya dapat daratkan 2 ekor ikan belitung ( dorado ) je...kami naik di pengkalan Dulang, yan Kedah. Ada orang tanya kenapa awak suka p memancing tengah laut. Mudah je..sebab aku cucu nelayan dan aku dibesarkan di kampung nelayan..haha itu je...adios beb..jumpa laginto

Tuesday, March 8, 2011

Bob Loqman..Kembali Kepangkal Jalan...


Salam buat semua...

Bahagian Kedua...Kisah Bob Loqman..
Setelah Isteri tersayang meninggalkannya..tinggallah Bob Loqman terkial kial ..bersama 3 orang anaknya...pagi dia hantar anak ke sekolah..tengah hari dia pergi ambil anak ,macamtulah kerjanya saban hari..pada masa itu barulah ia mengingati Allah dan bersolat dengan baiknya, malah beliau berdoa kepada Allah siang dan malam, memohon daripada ilahi supaya beliau dapat mencari nafkah yang halal untuk terus hidup bersama anaknya..
Akhirnya dia bertemu seorang kawan untuk berniaga dan beliau cuma mencari pelabur sahaja untuk memulakan perniagaannya, pada ketika itu pendapatannya RM 600 k setahun, maka ketika itu beliau berkahwin lain dengan isteri kedua.. biasalah apabila duit dah banyak , manusia mula lalai dan lupa kepada penciptanya, mulalah dia kembali kepada tabiat asal lepak dengan kawan kawan balik pun lewat malam...akhirnya dalam masa 2 tahun.. ada masalah dalam perniagaan beliau terpaksa mengundur diri dan jadi penganggur kembali.Setelah mengenangkan perkara yang telah berlaku beliau mengambil keputusan untuk hidup secara sederhana sahaja..buatlah kerja apa apa..kalau ada berlakun dia pergi dan kalau ada jemputan RTM , Tv swasta beliau pergi untuk mencari rezeki bagi menyara anak dan isteri...
Setelah bertemu dengan Ustaz Idrus, Ustaz Nazri dan Ustaz Halim Hasan...dalam siri kuliah mereka, Bob Loqman mandapat nur Hidayah...dari Ustaz Ustaz yang memberi kuliah menekankan bahawa..hidup ini biarlah sederhana..bermula dari detik itulah Bob Loqman hidup dalam sederhana.anak2 nya semuanya dihantar ke Mahad Tahfiz supaya menjadi manusia yang berguna..beliau pun tidak berlakun lagi ..kecuali ada watak watak yang ada unsur unsur Islam barulah beliau mahu berlakun....sebagai penutup..Bob loqman menyeru kepada semua yang hadir dan di luar sana tu..kembalilah kepangkal jalan..tak ke mana kita, akhirnya kita dikuburkan juga..carilah bekal untuk hari akhirat selagi nyawa masih ada.... Wassalam

Monday, March 7, 2011

Ya ..Allah ampunilah dosa ku..Bob Loqman


Ya ..Allah ampunilah dosa ku..Ya itulah yang dapat diungkapkan oleh bekas pelakun , penyanyi, penulis lirik Bob Loqman. di Surau Taman Teluk air Tawar, Butterworth.pada minggu lalu..
Bob loqman.. memang ceria selalu diluar atau pun diluar dalam bidang lakonan... beliau menceritakan kisah hidupnya sebagai artis dalam tazkirah ringkas di surau tersebut.
Beliu menceritakan dalam masa 30 tahun yang lalu kehidupannya terumbang ambing ,pendapatannya..entah halal atau haram..hanya Allah sahaja yang tahu..Beliau mendapat Hidayah dan rahmat Allah yang tiada ternilainya...sebab sebelum ini jiwanya tidak tenang walaupun mempunyai pendapatan yang lumayan..
Bermula pada tahun 1998 dikala itu pendapatanya sebanyak 5 angka..malah beliau mempunyai 4 buah kereta. semasa beliau berada dipuncak, ekonomi negara pula jatuh merudum, pada ketika itu banyak kilang kilang tutup, ringgit Malaysia jatuh merudum, pada ketika itu Bro Bob Loqman pula jatuh sakit .dan tidak dapat bekerja ..pada ketika itu kereta BMW dan tiga lagi kereta yang lain ditarik oleh Bank, kerana beliau tiada pendapatan dan tidak boleh bergerak kerana terlantar sakit..pada ketika itu sudah jatuh ditimpa tangga...isteri kesayangannya telah keluar rumah meninggalkannya dan tinggalah Bro Bob Loqman dengan tiga anaknya yang masih kecil, maklumlah dulu senang sekarang susah.. pada ketika itu beliau hanya berserah dan berdoa kepada Allah sahaja..
Tungguuuuuuu kita sambung ye...part 2..

Sunday, March 6, 2011

Kerajaan baru nak umum...Produk guna kapsul gelatin babi ..


JAKIM akan membuat semakan terhadap produk farmaseutikal yang dibungkus dengan kapsul gelatin positif babi. - Gambar hiasan

GURUN - Produk farmaseutikal yang didapati dibungkus dengan kapsul gelatin positif asid deoksiribonukleik (DNA) babi akan diumumkan bagi memastikan umat Islam tidak terbeli atau terguna produk itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar kecil).

Beliau berkata, produk tersebut turut tidak dibenarkan dijual di kaunter terbuka di semua premis seluruh negara.

Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membuat semakan terhadap produk farmaseutikal berkenaan untuk disenaraikan.

"Senarai produk ini juga akan diumumkan sebagai produk haram kepada umat Islam," katanya. KOSMO

Ulasan... Heran bin ajaib...sebelum ni pihak JAKIM tak buat semakan ke ?...sudah lama ooio..orang Islam makan gelatin ni.kebanyakkan ubat dalam bentuk kapsul diperbuat daripada gelatin..takkan baru sedar..ramai yang dah makan..dan ada yang telah meninggal..dok buat apa tu...kena keja kuat la sheh....ni pasai halal haram..bukan boleh buat main main.. sheh..

Friday, March 4, 2011

Simpanan Emas Melalui Dinar Emas...Menguntungkan


Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar gang blogger semoga anda semua sihat dan ceria adanya…

Saya pula baru mendengar taklimat berkaitan emas. Terlalu banyak cerita-cerita gembira yang berlaku sewaktu saya pulang ke kampung, especially tentang emas.

Salah satu cerita yang paling menarik ialah berkenaan dinar emas , Dinar Muslim. Dah lama saya menunggu dinar emas nie… dari tahun lepas lagi. Akhirnya saya berjumpa dengan pengeluar dinar emas bahawa dinar emas keluaran Muslim telah dikeluarkan oleh syarikat Dinar emas Enterprise. Berpejabat di Kulim Kedah

Untuk makluman saya telah mengunjungi tuan punya dinar Kulim, dan saya berpus hati kerana dinar emas yang dihasilkan olehnya adalah berkat dari usaha kerja kuat selama 3 tahun.. sekarang ni beliau telah berjaya dalam perniagaanya.

Nampaknya bertambahlah lagi alternatif bagi kita untuk membeli emas pelaburan. Jadi disini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan dinar emas keluaran Dinar Kulim/ Dinar Mutiara ini. Dinar Mutiara keluaran dari sebuah syarikat berpengkalan di Pulau Pinang akan keluar di pasaran pertengahn bulan ini...

Untuk pengetahuan anda semua, dinar emas dikeluarkan Dinar Kulim/ Dinar Mutiara di dalam 2 nilai iaitu: 1 dinar ( 4.25gm)

Kesimpulan

Salah satu cara membuat pelaburan emas dengan cara yang termudah ialah dengan membeli dinar emas. Ini kerana harga dinar emas agak murah dan mampu dimiliki. Sekiranya anda baru hendak berjinak-jinak dengan pelaburan emas, saya cadangkan anda bermula dengan dinar emas.

Selain rupanya yang cantik, dinar emas mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia boleh digunakan sebagai mas kahwin, membayar zakat dengan lebih tepat, sebagai hadiah kepada orang tersayang serta penyimpan nilai yang unggul.

Dulu Abu Luqman membeli dinar kelantan harganya RM 450 pada ogos 2009 sekarang RM 660. satu pelaburan yang baik ye...jangan lepas peluang..

Jika anda mempunyai sebarang komen, sila letakkan di ruangan komen. Jika ingin berbincang dengan lebih lanjut, bolehlah menghubungi saya untuk keterangan lanjut 019 5776858..atau email masaji4u@gmail.com...sekarang ni aku agennya..boleh kontek aku ye

Mak Kasih ye. selamat membuat pelaburan emas

Thursday, March 3, 2011

1,086 penjawat awam muflis, Biar Betul Bro


Sebahagian dari kakitangan awam.bukan mereka.gambar google...

Biar betul betul.dan ..hati hati ye....

PUTRAJAYA - Seramai 1,086 penjawat awam di negara ini diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi pada tahun 2009.

Jumlah itu merupakan 1.46 peratus daripada bilangan keseluruhan 1.27 juta penjawat awam.

Sebanyak 72.74 peratus daripada mereka yang muflis adalah lelaki.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong (gambar) berkata, perkara itu disebabkan mereka dibelenggu hutang yang serius sehingga membawa kepada muflis.

"Ini perlu difahami oleh semua penjawat awam kerana masalah hutang boleh menjejaskan prestasi mereka dan jika prestasi terjejas teruk, tindakan tatatertib boleh diambil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Jabatan Perdana Menteri di sini semalam.

ulasan...Ini yang paling kita takut ye...baguih puya kita amik loan atau jamin orang ..akhirnya kita jadi muflis...berhati hati ye, kawan kawan

Tuesday, March 1, 2011

Kipas Dalam Masjid Pun Depa Nak kebas..huhu



Ha tu dia..semua kipas dalam masjid nie kena ..rantai dan di manggakan...huhu

Salam buat semua.

Sekarang nie dalam masjid pun tak selamat lagi, penulis baru je, singgah satu masjid di Pulau Pinang, untuk menunaikan solat, alangkah terkejutnya aku..jelas kelihatan semua kipas yang ada di rantaikan serta di mangga.. aku pun tanya orang yang mai solat di masid kenapa ya..dia menjawab..dulu semasa belum di kunci..habis di kebas oleh penagih dadah..apa lah nak jadi ye..harta masjid pun depa nak curi..ini mungkin kerana kurang didikan agama kut..............

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung