Nuffnang

Tuesday, April 16, 2024

Dituduh ada hubungan lelaki lain, isteri diugut bunuh oleh suami

 


Gambar hiasan.

GERIK – Gara-gara cemburu dan dituduh mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang wanita dicederakan dan diugut bunuh oleh suaminya dalam kejadian di Kampung Baru Alai, di sini semalam.

Kejadian sekitar pukul 10.30 malam itu menyebabkan wanita berusia 36 tahun itu lebam di beberapa bahagian badan selain terdapat kesan lilin pada payudara kanan.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan seorang guru itu sedang tidur di dalam bilik sebelum dikejutkan suaminya yang bertindak menarik tangan mangsa ke belakang.

Mangsa yang cuba melepaskan diri kemudian diugut bunuh oleh suspek berusia 42 tahun itu menggunakan pisau di leher sekiranya dia enggan memberi kerjasama.

Suspek yang mengikat kedua-dua tangan isterinya menggunakan tali itu telah memaksa wanita terbabit mengaku mempunyai hubungan dengan lelaki lain, namun tuduhan itu dinafikan mangsa.

Selain mengoyakkan pakaian mangsa dan menarik rantai leher sehingga putus, lelaki itu turut menitiskan cecair lilin pada payudara wanita tersebut dan mengugut akan membakarnya dan rumah mereka jika isterinya masih enggan mengaku.

Wanita itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri apabila memberitahu dia ingin ke bilik air sebelum segera keluar dari rumah dan melarikan diri dengan menaiki kereta.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Lalang pada pukul 1.32 pagi, hari ini.

Difahamkan, punca kejadian disebabkan cemburu di mana suspek tidak membenarkan isterinya menghubungi mana-mana lelaki.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Monday, April 15, 2024

Kes tembak KLIA: Polis Perak ketat kawalan di sempadan, tingkat pemantauan di R&R

 

Mohd. Yusri.

IPOH – Polis Perak meningkatkan kawalan di pintu keluar masuk sempadan di Pengkalan Hulu, Hulu Perak dalam usaha menahan suspek kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya juga meningkatkan pemantauan di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta mengadakan sekatan jalan raya (SJR) bagi mengesan suspek tersebut.

-ADVERTISEMENT-

“Polis Perak akan membantu Polis Selangor dalam mengesan suspek dengan meningkatkan pemantauan di R&R di negeri Perak termasuk mengadakan SJR dan meningkatkan kawalan pintu keluar masuk sempadan di Pengkalan Hulu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan mengenai kes tembakan melibatkan seorang lelaki dan isterinya di KLIA 1 awal pagi tadi, dengan pengawal keselamatan wanita berkenaan parah setelah terkena tembakan suami wanita tersebut.

Suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 38 tahun itu kemudiannya melarikan diri ke utara, dengan pihak polis menasihati suspek untuk menyerah diri secara baik di mana-mana balai polis.

Pihak polis turut menasihati orang ramai yang melihat suspek untuk berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa namun tidak bertindak bersendirian ekoran lelaki terbabit disifatkan sebagai berbahaya. – KOSMO! ONLINE

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung